Cancer

MY Journal adalah khusus untuk pesakit kanser.

Ramai pesakit kanser bimbang dan takut kerana kurang tahu mengenai penyakit mereka. Ramai beranggapan, setiap kanser itu akan berakhir dengan kematian.

“Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser."


“Semua perasaan ini adalah normal tetapi ia tidak seharusnya dibiar berlanjutan kerana apa yang penting ialah pesakit perlu beri sokongan untuk segera mendapatkan rawatan. Kerap kali pesakit berasa sukar untuk meluahkan perasaan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ada yang lebih suka menyendiri dalam usaha melawan penyakit,” kata Perunding Perubatan Onkologi, Dr Christina Ng.



Rujukan: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MyJournalberharga/Article/artikelMA